Biarkan aku
Menjalin asmara dengannya
Yang ku cinta
Janganku di halang
Walaupun pedang bukan penghalang
Gelora rindu
Buat ku merasa...terseksa
Jauh darinya
Andai ku punya sayap
Kau di bulan akan ku jelang
Kasihku dengarlah suara hatiku
Kata hati ini
Hanya darimu seorang
Yang ku sayang
Kekasih tulis namaku
Didalam diari hatimu
Kekasih setiap senyummu
Pengubat rindu di hatiku
Puisikan segala janji-janji kita
Bakar semua kepalsuan
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Diari Hatimu
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Dialah Di Hati
Bisikan bayu membawa perkhabaran
Dongangan yang sama dicanang berulang
Mengapakan diri dijadikan sasaran
Sekilas pandangan pelbagai andaian
Sungguh terkilan
Seumpama naskah yang terbuka
Sesungguhnya tiada rahsia
Bacalah kenalilah
Dengan bijaksana
Siapa aku yang sebenar
Korus
Kendati selautan segunung
Permata di kanan dan kiri
Selagi jantungku berdegup hingga
Tiba saat terhenti
Dialah dihati
Mengapakah diri dijadikan sasaran
Sekilas pandangan pelbagai andaian
Sungguh terkilan
Seumpama naskah terbuka
Sesungguhnya tiada rahsia
Bacalah kenalilah
Dengan bijaksana
Siapa aku yang sebenar
Kendati selautan segunung
Permata dikanan dan kiri
Selagi jantungku berdegup hingga
Tiba saat terhenti
Dialah dihati
Tiada pilihan kedua
Pertama hingga akhir usia
Hanya dia
(Ulang rangkap atas)
Tiada rahsia lagi
Usah bertanya berteka teki
Cinta yang abadi cintaku yang suci di hati
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Di Sini Ku Berjanji
Di sini ku berjanji
Setia keakhir nanti
Berhias ceria atau bias duka
Engkau tetap ku cinta
Di taman syurga ini
Segalanya berakhir
Gugurnya cempaka
Harumnya berlalu
Dan tinggallah ku sendiri
Lagi dihina
Sedang hatiku masih terluka
Kau bukan seperti
Yang aku kenali
Waktu kita bercinta
Mengapa tak seperti dulu
Di waktu kita bercinta
Sepinya taman ini
Sunyilah lagi rintihan tangis di hati
Inginku lenyapkan
Namun di kejernihan air
Wajahmu ku terbayang
Tak percaya... kau
Berubah sekelip mata
Benarku bagimu salah
Mungkin alasan semata
Takkan cinta
Hadirnya sekilas cuma
Yakin ku di sudut hati
Aku masih kau cintai
Mengapa tak seperti... dulu
Di waktu kita bercinta
Sepinya taman ini
Sunyilah lagi rintihan tangis di hati
Inginku lenyapkan
Namun di kejernihan air
Wajahmu ku terbayang
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Di Batas Masa
Setiba kita di batas masa
Nobat nafiri tiada bernada
Sehelai daun kering berayunan layu
Menanti saat di bawa bayu
Langit mendung hujan pun gerimis
Sayup terdengar sendu dan tangis
Bertitian bisikan kalimah nan suci
Berdoa mudahkan perjalanan
Terakhir ini
Berat mata memandang
Berat lagi tanggungan
Bebanan perasaan
Kendati pun sejarah
Dosa pahala pastikan di kira
Bagai terasa keresahan di jiwamu
Bagai terdengar suara meruntum kalbu
Tiada walau sesaga di bawa pergi
Tak berharga puja dan puji
Kala jantungmu bagai laut bergelombang
Lemah cengkaman jejarimu di genggaman
Betapa sukar untuk kita menerima
Tiba detik pasti terpisah
Di batas masa
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Demi Kasih Sayang
Lupakan aku saja
Dari kaca fikiran
Andainya bersamaku
Engkau tidak bahagia
Aku bukannya insan
Ingin cinta percuma
Sehingga aku sanggup menantimu
Walau berabad lama
Cintaku bukan kerana harta
Cintaku tidak kerana paras rupa
Sedarilah kasih...
Cintaku harap hingga ke syurga
Bersama-samamu
Demi kasih sayang
Yang aku pertahankan
Sanggupku meniti
Malam tanpa mimpi
Aku berdoa kita dapat berdua
Hingga ke akhir hayat
Untuk selama-lamanya
Aku bukannya insan
Ingin cinta percuma
Tetapi aku sanggup menantimu
Walau berabad lama
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Demi Kasih Kita
Kasih sayangku
Tak dapatku meluahkan
Hanya kau saja
Di dalam sanubariku
Kebahagiaan
Hasil kepercayaanmu
Membuatku yakin pada dirimu
Untuk selamanya
Kesedihanku hadapi
Semakin pudar kini
Hanya tinggal memori
Ku maafkan segalanya
Kesalahan dirimu
Demi kasih kita
Kini ku kembali
Ke pangkuan yang abadi
Dan ku sedari
Betapa besarnya cintamu padaku
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Debaran Cinta
Kau hadir mengisi kekosongan hati
Menyeri sebuah jiwa oh ..yang sepi
Kau pergi tanpa ku sedari
Ku terperangkap dalam cinta yang tak pasti
Aku pun keliru terdiam membisu
Terasa bagai kehilanganmu
Kau lafazkan cintamu tetapi aku ragu
Mengapa kini ku merindu
Walau ku mencuba tuk melupa
Namun tidak terdaya
Terasa gelisah bila kau tiada
Oh kasihku inikah debaran cinta
Alunkan irama kasih dan sayangmu
Lagukan dengan nada cinta yang satu
Sandarkan resah jauh ke puncak rindu
Damaikan hati dengan bisikan cintamu
Kini bermula getar asmara
Sejak bersua
Naluri hatiku berkata
Dikau ku cinta mungkin kau jua
Merasakannya dihati
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Damak
Sayanglah damak getah sumpitan sayang
Menyumpit burung di dalam hutan
Ahai damak damak sayang (2x)
Hati tak dapat melupakan tuan
Sedikit pun tidak hai tuan endahkan (2x)
Anaklah burung terbangnya malam sayang
Terbangnya hinggap di pohon lalang
Ahai damak damak sayang (2x)
Hatiku sedih merindulah dendam
Orang ku nanti tak kungjunglah datang
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Dalam Taman Syahdu
Oh... Oh...
Rintik hujan gerimis yang tiba
Mengiring retak kasih rindu ku
Amat dalam luka yang ku rasa
Oh... makin terpendam
Kian membakar ku
Perasaan ku terpinggir dan menyepi
Kehilangan mu amat menyakitkan
Di dalam jiwa ini
Masih tak mengerti
Aku rindu belaian kasih mu
Walaupun cinta kita
Ditakdirkan berpisah... oh
Di pintu syurga
Ku menanti mu... oh
Di pintu syurga
Ku menanti mu
Terpenjara kesepian meronta
Merintihi kegersangan
Tinggallah kekasih ku
Dalam taman syahdu
Ku melangkah penuh rasa pilu
Diselami erti cinta
Pastikan berjumpa... oh
Di sana cinta
Kekal selamanya...oh
Di sana cinta
Kekal selamanya
Terpenjara kesepian meronta
Merintihi kegersangan
Merintihi...
Kegersangan
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Cinta Tak Berganti
CINTA TAK BERGANTI
Iman Wan/Siti Nurhaliza
Biarkanlah resah sayang
Sukar ku lalui
Buat ku berduka
*Kenangkanlah oh semalam
Walau cinta dikunci
Janji tak ku lupa
**Tak daya ku halangi
Tak ku cuba jauhi
Tetap di sini
Terus menanti
Korus
Ikrar kita mengharungi badai sakti
Mencari sinar kasih suci
Walaupun nafas ku ini pasti terhenti
Jangan pula ada sangsi lubuk hati
Percaya cinta tiada ganti
Kau yang ku cari
Kaulah kasih ke akhir hayat nanti
Ulang* & **
Korus
Ulang** & Korus
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Cindai
Cindailah mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu
Mendendam unggas liar di hutan
Jalan yang tinggal jangan berliku
Tilamku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku
Hias cempaka kenanga tepian
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga si bunga impian
Gugurnya sebelum berkembang
Hendaklah hendak hendak ku rasa
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan
Janganlah jangan jangan ku hiba
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta
Merajuk bukan berpanjangan
Akar beringin tidak berbatas
Cuma bersilang paut di tepi
Bidukku lilin layarnya kertas
Seberang laut berapi
Gurindam lagu bergema takbir
Tiung bernyanyi pohonan jati
Bertanam tebu di pinggir bibir
Rebung berduri di hati
Laman memutih pawana menerpa
Langit membiru awan bertali
Bukan dirintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Cari-Cari
Usah lagi kau berdiam diri
Cari-cari kau perlu mencari
Andai kata kau masih di sini
Mengharapkan warnanya pelangi
Bercerita dan memuji diri tetap jua kau masih di sini
Jangan pula kau salahkan nanti irihati yang merosak diri
Buka mata dan lihatlah ke damlam diri
Buka minda cari-cari kepincangan sendiri
Hasad dengki menguasai hati kini
Kan menjadi senjata yang memakan diri
Cari-cari kau perlu mencari
Usah lagi kau khayal bermimpi
Tak mungkin adanya nanti bulan turun ke pangkuan diri
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Canggai
Canggailah kanan hai derik kanan berderik
Melangkah anak ular berbelit kaki alahai
Andai tersalah langkah lekas mencari arah
Lah inang uleknya inang
Canggailah kiri hai derik kiri berderik
Bagai melangkah bayam menabur bayam alahai
Andai tingkah bercanggah canggai lengan diubah
Lah inang uleknya inang
Ala inang ala inang ala hai
La ulek ya ulek sayang
Lenggoknya alahainya inang berpasang-pasangannya
Hai melangkah ke kiri dan ke kanan
Ala inang ala inang ala hai
La ulek ya ulek sayang
Eloknya alahai tarinya berpusinglah berpusing
Hai sekata ke kanan dan ke kiri
Hai eloknya hai indahnya tarian gemalai
Tarian di kaki bercanggai
Hai eloknya hai menawan hai lenggangnya
Berlenggok tarian di kaki bercanggai
Canggailah lama hai derik tidak berderik
Canggai tersimpan sisip cucurnya atap alahai
Sepakat dan bersantun inang tari menyusun
Bagaikan sirih dijunjung
Inang gemalai inang di julai
Bagailah nan terongkai kata berangkai
Madah berbungkal belum tercanai
Bagailah nan mengusap bahasa berungkap
Kata berhajat yang belum tersurat
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Cahaya Seribu Liku
CAHAYA SERIBU LIKU
Andy Flop Poppy/Siti Nurhaliza & Tanty
Berlari aku mengejar mimpiku
Dikelilingi indah warna cerita palsu
ku sangka sinar menyebelahiku...ooo
Namun cahaya itu ditutup seribu liku
*Kini tak mungkin ku dipermainkan lagi...
Oleh mereka
Korus
Satu jadi bingung
Dua tak tertanggung
Kembali ku renung... oh....
Angin pun menyeru
Lupakan yang dulu
Bintang pun setuju.... untuk menemaniku
Sampailah kini pada suatu waktu
Ku berhadapan dengan satu fenomena baru
Ku tahu arah nak tuju
Jangan cuba untuk mempengaruhi ku
Ulang * & Korus
Angin pun menyeru
Lupakan yang dulu
Bintang pun setuju.... untuk menemaniku
Ulang Korus 2x
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Cahaya Cinta
Dia telah telah menentukannya
Dita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta
Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari
Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu
Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Bukan Cinta Biasa
Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa
Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya
( korus )
Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya
Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa
Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata
Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Bisikan Hati
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati
Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang di mana gerangan
Tiada berita kudapati
Hanya ingatanku di masa yang lalu
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkanlah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupon kau kini telah mungkir janji
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Bisikan Asmara
Pada bisikan yang pertama
Ungkapan kata yang bermakna
Membuai syahdu sukmaku
Tika meniti bersamamu
Aku rakamkan segala
Di lubuk hati bertakhta
Walau di mana ku berada
Kau tetap hidup dalam jiwa
( korus )
Bisikan asmara yang pertama
Terpahat untuk selamanya
Tercipta pengalaman yang indah
Hingga kini masih terasa
( Bisikan asmara oh...Bisikan asmara )
Cinta mengukir rasa rindu
Di bawah awan setuju
Dalam meniti hariku
Tak sabar untuk bersamamu
( ulang korus )
( ulang korus 3X )
( Bisikan asmara oh... Bisikan asmara )
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Bila Raya Menjelma
Anggun si dara jelita berselindang dan ber'baya
Sepadan dengan pemuda tampan dan segak orangnya
Di pagi hari mulia kunjungi sanak saudara
Yang tua tidak dilupa ampun dan maaf dipinta
Yang jauh sudah pun tiba pulangnya untuk beraya
Meriah desa tercinta bagaikan pesta layaknya
Di pagi hari mulia semuanya bergembira
Tua muda miskin kaya berbeza tidak berbeza
Mari adik marilah bang mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah lupa kitalupakan
Sila adik silakan bang sila selera jamu selera
Lemang ketupat dan rendang semua ada
Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya
Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang
Label: Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Bicara Manis Menghiris Kalbu
Satu per satu teman
Ada disekeliling mu
Satu per satulah jua
Tinggalkan diri mu
Cumalah aku sahaja
Yang masih lagi bertahan
Memendam rasa
Bulan madu yang indah
Sudah sampai kehujungnya
Engkau pun mula berubah
Dan beralih arah
Kata-kata manis
Tiada lagi ku dengar
Hidup ku pula makin tawar
Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan
Mata mu
Tiap bicara manis
Memujuk dan merayu ku
Tak usah berlalu
Dan merajuk bawa hati pilu
Andai sudah tiba masa
Dan tiada jodoh kita
Biar kita berpisah... dari merana
Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan
Mata mu
Tiap bicara manis
Memujuk dan merayu ku
Tak usah berlalu
Dan merajuk bawa hati pilu
Keikhlasan hati ku
Bukanlah untuk di balas
Cukuplah sekadar
Jadi kenangan waktu berjauhan
Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan mata mu
Andai sudah tiba masa
Dan tiada jodoh kita
Biar kita berpisah...
Dari merana
Label: Siti Nurhaliza


